Thursday, December 9, 2010

In Memories Mimaland...

Masih ingatkah anda Taman Tema Mimaland yang sudah ditutup?Bagi yang hidup pada era 70an hingga 90an,anda pasti ingat akan taman tema ini.Untuk pasangan yang bercinta pada era tersebut,pasti korang akan memilih lokasi ini sebagai tempat berdating.Hehehehehehe...


Fakta-fakta Mimaland:-


  • Dibuka pada tahun 1975
  • Ditutup pada tahun 1994 kerana kejadian tanah runtuh dan kanak-kanak yang mati lemas
  • Terletak di Batu 11 Gombak - Jalan lama ke Bentong
  • Pernah menjadi destinasi popular bagi penduduk Lembah Kelang
  • Pernah menjadi lokasi pengembaraan filem-filem Melayu
  • Menurut temubual pada tahun 2008 mengenai Mimaland - Ada yang mendakwa pernah nampak harimau di situ!
  • Lokasi ini juga menjadi kawasan popular untuk mereka yang suka kepada dunia misteri dan mencari hantu."Heeheeheeheehee!"









Penemuan Bahtera Nabi Nuh

Dalam entri kali ini,saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang penemuan bahtera Nabi Nuh oleh satu ekspidisi bersama antara pasukan China dan Turki.Mereka menemui satu tinggalan kapal di puncak Gunung Ararat di Timur Turki yang dikatakan sebagai bahtera Nabi Nuh Alaihissalam.


Nabi Nuh Alaihissalam ialah nabi yang ketiga yang diturunkan oleh Allah untuk berdakwah kepada kaumnya yang kafir itu.Malangnya,hanya sedikit sahaja yang menerima ajaran Nabi Nuh.Baginda telah menyampaikan dakwahnya selama 950 tahun.Akibat sudah putus harapan dengan kaumnya yang tidak mahu menerima kebenaran,Allah telah memerintahkan kepada Nabi Nuh supaya membina sebuah bahtera sebagai balasan kepada permintaan Nabi Nuh supaya menurunkan azab yang setimpal kepada kaumnya yang tidak beriman itu.


Selesai sahaja pembinaan bahtera tersebut,Nabi Nuh memerintah supaya seluruh pengikutnya dan dua pasang dari setiap jenis makhluk yang ada di dunia ini berlayar bersama dengan baginda di dalam bahtera itu.

Dengan izin Allah S.W.T.,tercurahlah dari langit dan memancur dari bumi air yang deras dan dasyat.Dalam sekelip mata sahaja,banjir besar telah melanda seluruh kota dan desa malah daratan yang rendah mahupun yang tinggi-tinggi sampai memuncak bukit-bukit.Kaum Nabi Nuh yang tidak beriman itu telah tenggelam di dalam banjir yang teramat besar itu.Tiada tempat perlindungan bagi orang-orang yang tidak beriman kecuali bagi mereka yang beriman kepada Allah S.W.T.






_____________________________________________________________

Sekumpulan penjelajah China dan Turki mendakwa mereka mungkin telah menemui bahtera Nabi Nuh pada ketinggian 4,000 meter di sebuah lereng curam di Gunung Ararat,timur Turki.

Jurucakap pasukan tersebut berkenaan memberitahu - beberapa binaan kayu yang mereka temui di lokasi tu didapati berusia 4,800 tahun berdasarkan ujian penentuan tarikh karbon iaitu sama usianya dengan zaman banjir besar pada era Nabi Nuh.

"Penemuan ini bukan mengesahkan 100 peratus bahawa ia bahtera Nabi Nuh tetapi kami yakin ia 99.9 peratus adalah bahtera itu," kata seorang anggota pasukan penjelajah,Yeung Wing-cheun.

Menurutnya,binaan kayu itu dibahagikan kepada beberapa petak,sebahagiannya memiliki rasuk kayu yang dipercayai digunakan untuk menempatkan sejumlah haiwan dalam bahtera itu. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...