Sunday, December 5, 2010

Lawak Pertama Charlie Chaplin

Charlie Chaplin mula terlibat dengan kegiatan seni ketika berusia lima tahun.Ia berlaku secara tidak dirancang.Ibunya,seorang penghibur pertunjukan pentas tiba-tiba kehilangan suara semasa berada di atas pentas.Lalu,dia meninggalkan pentas dan menyuruh Charlie Chaplin untuk menggantikannya.Charlie masuk dan menyanyi sebuah lagu yang sangat popular ketika itu.


Baru dia menghabiskan separuh lagu tersebut,para penonton membalingkan wang ke atas pentas.Oleh kerana seronok melihat wang yang banyak,Charlie berhenti menyanyi.


"Saya hendak mengutip wang dahulu,lepas itu saya akan menyambung semula lagu tadi."


Charlie tidak bermaksud untuk berlawak,tapi kata-kata dan gelagatnya itu menyebabkan mereka ketawa terbahak-bahak.Sebenarnya,itulah kali pertama orang ramai ketawa dengan aksi Charlie sebelum dia menjadi seorang pelawak terkenal.

Leteran Punca Kanak-kanak Merokok


Menurut kajian oleh dua orang profesor dari Universiti Washington,kanak-kanak yang kerap didera dari segi fizikal dan mentalnya,kemungkinan akan menjadi seorang perokok tegar apabila dewasa.Hal ini kerana leteran yang menggunakan bahasa kesat dan kasar seperti jeritan dan pekikan akan memberi kesan yang cukup mendalam dalam kehidupan kanak-kanak itu.

Kajian itu juga mendapati - kanak-kanak lelaki lebih lali dengan leteran,sebaliknya amat tertekan denagn penderaan fizikal.Manakala,kanak-kanak perempuan pula lebih tertekan dengan leteran.

Rata-rata mereka yang menjalani kehidupan seperti berikut akan menjadi perokok menjelang remaja dan tegar setelah dewasa hingga akhir hayat.

Justeru,jika tidak mahu melihat generasi sekarang merokok pada masa akan datang,ibu bapa perlulah mengelakkan diri mereka daripada meleteri anak gadis dan mendera fizikal anak lelaki.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...