Sunday, December 5, 2010

Lawak Pertama Charlie Chaplin

Charlie Chaplin mula terlibat dengan kegiatan seni ketika berusia lima tahun.Ia berlaku secara tidak dirancang.Ibunya,seorang penghibur pertunjukan pentas tiba-tiba kehilangan suara semasa berada di atas pentas.Lalu,dia meninggalkan pentas dan menyuruh Charlie Chaplin untuk menggantikannya.Charlie masuk dan menyanyi sebuah lagu yang sangat popular ketika itu.


Baru dia menghabiskan separuh lagu tersebut,para penonton membalingkan wang ke atas pentas.Oleh kerana seronok melihat wang yang banyak,Charlie berhenti menyanyi.


"Saya hendak mengutip wang dahulu,lepas itu saya akan menyambung semula lagu tadi."


Charlie tidak bermaksud untuk berlawak,tapi kata-kata dan gelagatnya itu menyebabkan mereka ketawa terbahak-bahak.Sebenarnya,itulah kali pertama orang ramai ketawa dengan aksi Charlie sebelum dia menjadi seorang pelawak terkenal.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...